• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Jururawat Serdang Ditemui Mati Di Cyberjaya

oleh
16/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya semalam.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Akhbar Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan kali terakhir mangsa menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Menurut adiknya, Siti Khairani, 36, keluarganya tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir kakaknya bersama suami serta anaknya pada hari sama dia dilaporkan hilang.

Siti Kharina yang mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang dekat sini bersama sebuah kereta Honda City pada pukul 4 petang hari kejadian.

“Saya dan keluarga mengetahui kehilangan kakak sulung saya itu selepas mendapat panggilan daripada pihak pe­ngurusan Hospital Serdang pada 9 Mei lalu selepas mangsa yang sepatutnya be­kerja pada pukul 9 malam tidak hadir selain dia gagal dihubungi.

“Pihak hospital pula menghubungi saya pada 10 Mei bagi memaklumkan kejadian itu sebelum saya bersama ahli keluarga yang lain berusaha untuk mencarinya,” katanya. – K! ONLINE

Tags: kes bunuhkes hilangMayatSiti Khairani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd