• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIDA Rangka Projek Ekonomi Sepanjang Koridor ECRL

oleh
15/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang merangka pelbagai pelan tindakan untuk mempromosikan aktiviti Projek Pemecutan Ekonomi (EAP) di sepanjang koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ini termasuklah berhubung dengan pemegang taruh yang berkaitan seperti pemain-pemain industri-industri tempatan.

Ia susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara MIDA dengan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) pada 25 April lalu di Beijing bagi menubuhkan sebuah pasukan khas dalam MIDA untuk memudah cara, menilai dan menyemak pelaksanaan EAP.

MIDA dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, agensi itu bersama CCCC akan mempromosikan EAP bagi memaksimumkan kejayaannya di samping menjemput para pelabur asing dan tempatan untuk menyertai projek berkenaan.

Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kapasiti untuk menggalakkan lagi masyarakat perniagaan menganjur atau menyertai dialog, bengkel, seminar dan persidangan di samping menyediakan bantuan teknikal untuk mempromosikan pembangunan kapasiti serta latihan dan berkongsi pengalaman.

“Projek ini akan membuka spektrum yang lebih luas kepada peluang perniagaan dan pekerjaan termasuklah pembangunan kawasan-kawasan industri, hab logistik dan pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang koridor ECRL,” katanya.

Tags: CCCCEAPMIDAProjek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

21/08/2024
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd