• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Pasangan Korea ‘Ditelan’ Laluan Pejalan Kaki

oleh AK-47
01/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENERUSI satu rakaman CCTV yang mula viral di laman YouTube, sepasang warga Korea Selatan dilihat melalui detik cemas apabila ‘ditelan’ oleh laluan pejalan kaki.

Dalam kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya dilihat turun dari sebuah bas.

Namun sebaik sahaja mereka memijak bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh menyebabkan kedua-duanya jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat yang dihubungi segera ke tempat kejadian untuk membantu pasangan tersebut keluar dari lubang.

Mujurlah kedua-duanya hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang yang terbentuk di bawah jubin itu mungkin berpunca daripada pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Laluan itu kini ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=1sWGOTEClOc

Oleh: Elza

Tags: jatuhKorea Selatanvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd