• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Matrikulasi Sudah Tidak Relevan

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Program matrikulasi sudah tidak relevan untuk dilaksanakan pada masa kini kerana matlamat asal penubuhan program bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah tercapai.

Memetik laporan Malaysiakini, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin berkata, secara dasarnya ketidakseimbangan kaum di universiti sudah ditangani dengan baik.

Bagaimanapun katanya, usaha untuk menghapuskan program itu bakal berdepan cabaran besar kerana ia akan menjadi modal pembangkang untuk mengkritik kerajaan hari ini.

“Waktu ia dimulakan dulu ada alasan baik untuk betulkan ketidakseimbangan (kaum). Sekarang sudah tidak relevan, boleh dihapuskan.

“Tetapi kalau (kerajaan) hapuskan sekarang pembangkang akan terus jadikan isu,” katanya.

Program matrikulasi merupakan program prauniversiti yang diperkenalkan pada 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu wawancara khas di Putrajaya minggu lalu berkata, program matrikulasi diwujudkan untuk menjadi pintu belakang buat orang Melayu memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun perkara itu disanggah Pengerusi Keilmuan Nasional, Zamri Mohd Isa dengan mengatakan program itu adalah satu dasar dan usaha untuk memberi dan mewujudkan keadilan sosial selain usaha pendemokrasian pendidikan.

Pada 29 April lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan penambahan 60 peratus pengambilan ke program matrikulasi daripada 25,000 kepada 40,000 pelajar, dengan mengekalkan nisbah 90 peratus untuk bumiputera dan 10 peratus untuk bukan bumiputera.

Penambahan itu membolehkan penambahan pengambilan pelajar bukan Melayu tanpa menjejaskan kuota bumiputera.

Keputusan kabinet itu dibuat selepas rungutan daripada pemimpin kaum India yang mendakwa pelajar cemerlang kaum India tidak dapat tawaran ke matrikulasi. – Sinar Harian

Tags: Daim Zainuddinmatrikulasipakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd