• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Enggan Ulas Isu Jawatan Perdana Menteri

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibarahim enggan mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menganggapnya tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana statusnya sebagai seorang banduan.

Anwar yang ditemui sewaktu menziarahi pemain dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad, 57, di rumahnya di Wangsa Maju di sini hari ini hanya membalas dengan senyuman sewaktu diminta mengulas berkenaan isu tersebut.

Beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk merujuk isu tersebut.

“Banyak lagi kerja nak buat daripada nak layan dia (Takiyuddin). Baik tanya peguam (saya),” katanya ringkas.

Takiyuddin dalam satu ceramah di Sandakan, Sabah Rabu lalu, mempersoalkan kesanggupan rakyat menerima bekas banduan seperti Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Sebagai peguam, kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara, status seumur hidup (nya) adalah banduan.

“Jadi, mahu kita menjadikan seorang ini sebagai PM kita?” soalnya yang dibalas hadirin dengan jawapan “tidak”.

Sementara itu, Anwar meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat Yazid selepas melawat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan pendakwah, Datuk Ismail Kamus.

Beliau tiba kira-kira jam 3.20 petang ditemani Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. – Sinar Harian

Tags: Anwar Ibrahimbekas banduanYazid Search
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd