• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Wilayah Persekutuan Sokong Liverpool Menang UCL

oleh
12/05/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebangkitan luar biasa Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika menewaskan Barcelona untuk melangkah ke pentas akhir bukan sahaja disambut gembira oleh penyokong skuad The Reds, malah turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam satu hantaran di ‘page’ Facebook Dr. Zulkifli tidak ketinggalan memanjatkan kesyukurannya atas kemenangan pasukan The Reds.

“Melihat perlawanan Liga Juara-juara Eropah yang berlangsung beberapa hari lepas di antara Barcelona dan Liverpool yang pada awalnya dimenangi oleh Barcelona dengan agregat 3-0, tetapi apabila bermain di gelanggang Anfield.

“Walaupun tonggak utama seperti Muhammad Salah dan Roberto Firmino direhatkan kerana kecederaan kemenangan berpihak kepada Liverpool dengan agregat 4-0. Justeru, keputusan akhir menyaksikan agregat 4-3,” tulis Zulkifli.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Camp Nou, pada 2 Mei lalu, Liverpool tewas 0-3 sebelum Reds mempamerkan kebangkitan luar biasa ketika separuh akhir kedua di Anfield dengan kemenangan 4-0.

Zulkifli turut menggariskan sedikit pengajaran yang dapat dicontohi oleh peminat bola sepak daripada kemenangan dramatik tersebut.

Jelasnya, sifat terlebih yakin boleh memakan diri, sementara semangat kental dan azam yang kuat boleh mengubah sesuatu keputusan.

“Bagi menempa kejayaan pula, pesannya, semangat berpasukan adalah acuan terbaik selain tidak mengalah dan berputus asa akan menatijahkan kejayaan luar biasa.

“Akhir kalam, saya jangkakan pada perlawanan final nanti akan lebih bergantung kepada pasukan mana yang lebih beraksi lebih baik, nescaya dialah yang akan menang. Saya berpihak kepada Liverpool,” tulisnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: LiverpoolMufti Wilayah PersekutuanZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd