• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Ke-34 Mengaku SPRM Bantu Bina Ayat

oleh
09/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam bela, Harvinderjit Singh melahirkan rasa hairan apabila saksi ke-34, Amirah Muhamad Nor serta saksi ke-33, Ambalagam Marappan menggunakan kenyataan sama ketika membacakan keterangan mereka.

Malah beberapa kali, Harvinderjit menyoal kembali Amirah adakah kenyataan itu merupakan ayat-ayatnya sendiri ataupun dibantu oleh pihak lain.

Amirah bagaimanapun secara tegas mengulangi semuanya adalah maklumat olehnya sendiri, namun telah dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Harvinderjit: Tahukah kamu kedua-dua kenyataan saksi, kamu pada perenggan 13, 16 dan 17 sama seperti Anbalagan pada kenyataan beliau di perenggan 12 dan 13?

Amirah: Saya sudah cakap tadi, maklumat itu saya punya, SPRM telah bantu saya dengan ayatnya sahaja.

Harvinderjit: Adakah ayat itu ditaipkan? Kerana setahu saya, pada akhirnya dokumen itu memang ditaip dan maklumat datang daripada anda tapi ayat daripada SPRM. Ini kerana agak mustahil untuk dua orang membuat kenyataan yang sama dengan perenggan sama.

Memang terang sekali kenyataan ini ‘universal’ kerana cara ianya disediakan.

Amirah: Saya sudah maklumkan tadi, dokumen ini sebenarnya telah dibantu oleh pegawai SPRM melalui penggunaan ayatnya tetapi maklumat itu adalah saya punya.

Harvinderjit: Saya setuju tetapi perkataan-perkataan itu mereka (SPRM) yang punya, anda setuju dengan saya?

Amirah: Ya.

Harvinderjit: Adakah anda ada melihat kenyataan Anbalagam banyak kali?

Amirah: Tidak.

Harvinderjit: Kamu hanya melihat kenyataan kamu sahaja?

Amirah: Ya.

Amirah dan Anbalagam merupakan bekas pegawai KWAP yang terlibat dalam mengeluarkan baucer bayaran kepada SRC International. – MalaysiaGazette

Tags: KWAPNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

28/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bakal melabur sebanyak RM3 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd