• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Di Mana Rossazlin?

oleh
08/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Sebuah keluarga dari Kampung Paya Garuk, di sini buntu memikirkan kehilangan Rossazlin Roslan, 18, yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.

Gadis berkenaan dikatakan keluar rumah seorang diri kira-kira pukul 3.30 petang Sabtu lepas dengan memakai jersi pasukan Pahang berwarna kuning dan seluar panjang hitam.

Abangnya, Mohamad Rosli, 27, berkata, sebelum kejadian itu, Rossazlin tinggal bersama adiknya, Rosmadiyana, 16, di rumah mereka sebelum memaklumkan ingin keluar.

“Dia memberitahu Rosmadiyana ingin ke surau berdekatan untuk berjumpa dengan ayah, Roslan Abdul Razak, 54, dan emak, Wan Noraini Wan Nor, 53.

“Ayah dan emak tidak ada di rumah kerana memasak di surau itu untuk kenduri doa selamat dan menyambut ketibaan awal Ramadan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua ibu bapanya yang pulang selepas solat Asar terkejut mendapati Rossazlin tiada di rumah malah kelibatnya juga tidak kelihatan di surau.

“Rossazlin tidak pernah keluar rumah seorang diri sebelum ini kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan,” ujarnya.

Tambahnya, laporan polis berhubung perkara berkenaan dibuat Ahad lalu dan berharap adiknya itu pulang dengan selamat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Rossazlin boleh menghubungi saya di talian 011-26365730,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: kes kehilangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Amri Saman Polis, Kerajaan Berhubung Siasatan Kehilangan

18/11/2019
0

PETALING JAYA - Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat menyaman kerajaan, polis, menteri dalam negeri dan yang sebelumnya, dan...

Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

30/09/2019
0

BINTULU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd