• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Lakar Kebangkitan Sensasi Benam Barcelona

oleh
08/05/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Liverpool mempamer kebangkitan luar biasa di Anfield apabila membenam Barcelona 4-0 dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara hari ini, sekali gus mara ke final buat musim kedua berturut-turut.

Selepas kalah 0-3 di Camp Nou minggu lalu, anak-anak buah Jurgen Klopp sedar mereka perlu mencari empat gol di depan penyokong sendiri dan mengelak dibolosi jika mahu meneruskan kemaraan.

Beraksi tanpa Mohamed Salah dan Roberto Firmino pada awalnya tampak menyukarkan misi Reds, namun Divock Origi dan Georginio Wijnaldum menggalas tugas dengan baik apabila masing-masing meledak dua gol untuk memastikan kemenangan sensasi Liverpool.

Reds menang secara agregat 4-3, sekali gus akan menentang pemenang di antara Tottenham atau Ajax dalam perlawanan akhir di Stadium Wanda Metropolitan, Madrid pada 2 Jun ini.

Ajax mengalahkan Spurs 1-0 dalam separuh akhir pertama dan akan menerima kunjungan kelab London itu di Amsterdam pada aksi kedua esok. – Agensi

Tags: BarcelonaLiga Juara-JuaraLiverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Ibu, Dua Anak Maut Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

Gagal Menang Trofi, Barcelona Pecat Xavi

25/05/2024
0

BARCELONA telah memecat pengendali pasukannya, Xavi Hernandez Jumaat selepas gergasi Catalan itu gagal memenangi trofi musim ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd