• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Tawar Bantu Rundingan ECRL

oleh
08/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengakui Thaek Jho Low atau Jho Low pernah menghubungi beliau bagi menawarkan pertolongan dalam rundingan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai rundingan semula dengan China itu bagaimanapun menolak tawaran ahli perniagaan yang sedang diburu oleh Malaysia serta beberapa agensi antarabangsa susulan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Kali terakhir beliau menghubungi saya adalah ketika rundingan ECRL.

“Saya menolak dan berkata tidak perlu (pertolongan Jho Low).

“Dia kata mahu menolong dan saya memberitahu beliau mengapa tidak balik ke sini?

“Datang ke sini dan beri taklimat kepada saya,” katanya dalam satu temubual dengan South China Morning Post.

Ini merupakan kali pertama Daim mengaku berhubung dengan Jho Low yang dipercayai sedang di China ketika ini.

Bagaimanapun, jurucakap Jho Low memberitahu This Week in Asia, ahli perniagaan itu tidak pernah menghubungi Daim dan sebarang kenyataan yang bertentangan adalah tidak benar. – Agensi

Tags: Daim ZainuddinJho LowProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd