• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Polis Dianiaya Minta KDN Tubuh Tribunal Khas

oleh
07/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang bekas anggota polis menuntut Putrajaya pimpinan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu berkaitan rompakan membabitkan dirinya sewaktu bertugas pada tahun 90-an.

Md Ali Amir Batcha, 65, yang pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (D9) berkata, tribunal itu harus dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya pihak polis, memandangkan beliau sudah hilang kepercayaan terhadap jabatan berkenaan.

“Saya menjadi mangsa kepada satu konspirasi. Saya mahu buktikan saya tidak pernah terlibat dalam rompakan dan saya tegaskan saya tidak pernah merompak. Apa yang berlaku adalah saya menumpaskan perompak.

“Hampir 20 tahun saya tuntut keadilan. Saya minta tribunal khas siasat semula proses tangkapan terhadap saya,” katanya ketika ditemui sewaktu menyampaikan memorandum di Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.

Md Ali berkata, beliau ditahan tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat (EO) pada 1997 selama 3 tahun di Simpang Renggam.

Katanya, beliau ditahan selepas menerima pertuduhan yang dijelaskannya sebagai palsu kerana melakukan 34 rompakan sekitar Johor, mengambil hasil rompakan, merancang melakukan samun di bank dan melakukan kesalahan rasuah.

“Saya diminta mengaku terlibat dalam 34 rompakan, menggunakan unit UTC. Saya minta siasatan semula dibuat terhadap laporan polis yang saya lakukan sebelum ini. Kembalikan semula hak saya. Seluruh proses buang kerja saya adalah satu rekaan,” katanya.

Menurut Md Ali, disebabkan insiden malang itu beliau bersetuju dengan keputusan Putrajaya untuk melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Beliau juga memaklumkan sudah menghantar memorandum membabitkan tuduhan palsu dikenakan terhadapnya kepada beberapa pihak sebelum ini, seperti Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri dan ketua polis negara semasa pentadbiran sebelum ini, namun tidak ada sebarang tindakan.

“Sejak kerajaan baru memerintah, saya sudah luahkan perasaan saya di laman sosial. Saya sendiri sudah lakukan sidang media dan membuat laporan polis. Kini saya mahu serahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berhubung tuntutan saya,” katanya.

Md Ali berkata, sejak ditahan dari 1997 hingga 2000, beliau juga mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga terpaksa menjual harta untuk menanggung kos guaman bagi menuntut keadilan.

“Harta saya digadaikan semata-mata untuk membayar upah peguam dan turun naik ke pejabat pihak-pihak berwajib bagi mendapatkan keadilan bagi pihak saya. Namun saya terpaksa tarik diri mahkamah kerana percaya ada pihak yang sudah campur tangan,” katanya. – FMT

Tags: dianiayaIPCMCKDNPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd