• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin DAP Hasut Orang India Di Kuil Patut Ditangkap

oleh
05/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan pihak polis yang gagal menahan pemimpin DAP khususnya bergelar menteri didakwa bertanggungjawab di sebalik kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, tahun lalu.

Beliau menegaskan, pihak polis sepatutnya mengambil tindakan ke atas pemimpin DAP berkenaan kerana didakwa menghasut masyarakat India dan penganut Hindu untuk berada di sebuah kuil di Subang Jaya, tahun lepas.

“Ada orang kata kita berhimpun hari ini mainkan sentimen kaum dan agama. Betul atau tidak? Siapa mainkan sentimen kaum dan agama ini?

“Hari ini Hari Bomba Sedunia. Hari ini kita memperingati kematian perginya Allahyarham Adib. Di mana Exco DAP yang mainkan sentimen perkauman?

‘Mana Ganabatirau…mana dia menteri-menteri India yang buat kenyataan bersama menghasut orang India, menghasut orang Hindu untuk berkumpul pada malam Adib dibunuh?

“Sepatutnya mereka semua ini ditangkap, Wathya Moorthy ditangkap, Kulasegaran ditangkap,” katanya berucap pada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405) di luar pekarangan pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya; Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), Datuk Mohd Razlan Rafii dan Pengarah Himpunan 405, Kamaruzaman Mohamad.

Pada awal pagi 28 November 2018, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah, manakala jentera dinaiki turut dirosakkan sekumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.

Muhammad Adib bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Pada 18 Januari lalu, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib, 24, telah didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan prosiding inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner. – MalaysiaGazette

Tags: Asyraf Wajdi DusukiDAPIndiaMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd