• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Statut Rom: Tommy Thomas Patut Jujur Kepada Raja-Raja

oleh
05/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menjejaskan raja-raja yang melakukan kesalahan dalam kapasiti peribadinya dan Peguam Negara, Tommy Thomas perlu jujur dalam menjelaskan hal ini, kata peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata, raja-raja akan tertakluk kepada pendakwaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika baginda melakukan kesalahan dalam kapasiti peribadi dan kalau AG enggan mendakwa mereka.

“Jadi sekiranya kami ada satu negeri, katakanlah di negeri X, sultan memutuskan untuk memberikan ucapannya di masjid yang mengakibatkan rusuhan besar di negeri itu (dan) apabila sekumpulan orang, agama atau kaum dihapuskan, adakah kamu katakan jika kamu tidak mahu maka ICC tidak akan bertindak?

“Tentulah ICC boleh melakukan pendakwaan (Of course ICC bites)…

“Jika baginda bertindak sebagai sultan, baginda tidak akan bertindak sedemikian tetapi kalau baginda bertindak dengan ‘zalim’ (rogue fashion), baginda bertindak dalam kapasiti peribadi, lantaran itu baginda boleh didakwa, sekiranya ICC akan membicarakan baginda kerana peguam negara (AG) enggan melakukan pendakwaan, maka maksudnya baginda mendapat kesannya,” katanya.

Shafee muncul sebagai hadirin pada sebuah majlis forum membincangkan Statut Rom, yang melibatkan empat ahli panel iaitu Peguam Negara, Tommy Thomas; Timbalan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), Gurdial Singh Nijar; Pengerusi Yayasan Budi, Rais Yatim dan Anggota Majlis Peguam, Surendra Ananth di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini melaporkan, Shafee membangkitkan perkara ini ketika sesi soal jawab bersama ahli panel.

Peguam terkemuka itu kemudian menasihatkan Thomas untuk berlaku jujur dan melibatkan raja-raja dalam perbincangan.

“Kenapa kamu tidak libatkan raja-raja dahulu, katakan kepada baginda hanya ini satu-satunya cara baginda akan terjejas, tetapi tuanku hanya akan terjejas sekiranya tuanku berbuat ‘zalim’ (rogue), jadi tiada sultan yang akan bertitah beta membantah (Statut Rom ICC) kerana kami telah katakan hanya sekiranya tuanku ‘zalim’ maka keistimewaan akan ditarik,” katanya.

Shafee berkata, jika Statut Rom dikaji dengan teliti, serta perbincangan bersama orang awam dan raja-raja telah dibuat dengan baik, maka barulah Putrajaya kemudiannya boleh menandatangani perjanjian itu.

Beliau menegaskan, kedua-dua pihak iaitu Putrajaya dan istana mengambil pendirian ekstrem mengenai Statut Rom.

“Kenapa kedua-dua belah pihak mengambil pendirian yang melampau? Istana berpendirian ekstren, berfikir mereka akan ditimpa masalah, tetapi kamu (kerajaan) juga mengambil pendirian melampau dengan menafikan kedaulatan (negara) sebenarnya terjejas.

“Kedaulatan, demi kepentingan syurga terjejas,

“Demi tuhan, kedaulatan (negara) memang terjejas tetapi bagaimana kamu menguruskannya?”

Shafee juga menolak dakwaan bahawa kementerian luar yang memulakan kajian itu ke Statut Rom, berkata sebenarnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang memulakannya.

“Suhakam memulakannya, biar saya beri tahu dari tahun 2003 hingga 2009, kami terpaksa meyakinkan kementerian luar supaya berkata sila pertimbangkan, kerana Suhakam fikir ia (pemeterian Statut Rom) merupakan idea yang baik untuk dipertimbangkan, tetapi ia tidak pernah diputuskan kerana kami tidak terlibat dalam perbincangan dengan orang ramai.”

Beliau berkata. dalam tempoh itu, ketika beliau menjadi pesuruhjaya Suhakam, suruhanjaya itu telah mengkaji Statut Rom dan mengundang tokoh-tokoh tertentu untuk mendapatkan pendapat mereka mengenai perkara itu.

Tags: ICCStatut RomSuhakamTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd