• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghuni PPR Persoal Tony Pua, Tuntut DAP Tunai Janji

oleh
04/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kempen DAP di PPR Taman Harmoni di Sandakan malam tadi terganggu apabila seorang wanita berumur mempersoal setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, yang sedang berucap.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, wanita berkenaan, yang kemudiannya memperkenalkan diri sebagai Norbayan Tanong, seorang penghuni komplek PPR berkata, beliau hanya mahu mengingatkan DAP tentang janji parti itu pada pilihan raya umum lepas.

“Mereka berjanji akan memberikan kami peluang untuk membeli rumah yang kami diami. Salahkah jika saya berkata mereka perlu tunaikan janji? Tambahan lagi kami mengundi DAP,” katanya.

Katanya, beliau dan keluarga terbeban dengan peningkatan kos penyelenggaraan rumah tersebut.

Secara keseluruhan katanya, keluarga beliau perlu membayar lebih RM300 sebulan untuk sewa dan bil utiliti.

“Suami saya tidak lagi bekerja. Hanya dua anak saya yang bekerja. Saya tidak lagi menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) walaupun selepas mengemas kini maklumat diri dalam sistem.”

Norbayan berkata, kesnya bukan terpencil kerana terdapat keluarga lain yang berada dalam keadaan lebih buruk, dengan sewa rumah berjumlah lebih RM1,000 kerana tertunggak selama beberapa bulan.

“Itulah sebabnya saya bertanya bilakah DAP akan menunaikan janji mereka. Ahli Parlimen sebelum ini berjanji untuk mengubah sistem sedia ada daripada sewa kepada sewa beli. Adakah janji ini akan ditunaikan?”

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai cukup masa untuk memberitahu Tony Pua semua masalahnya kerana beliau segera dikerumuni penyokong Pakatan Harapan (PH) di situ.

Beliau kemudiannya digiring keluar dari majlis.

Penduduk yang mendiami PPR tersebut kebanyakannya merupakan “setinggan” yang rumah mereka dirobohkan oleh kerajaan bagi membina sebuah jalan ke-2 di Sandakan.

Kira-kira 8,000 keluarga kehilangan rumah mereka dalam projek berkenaan. Kerajaan hanya berjaya menempatkan 1,600 keluarga di tiga projek PPR di sekitar Sandakan.

Bakinya masih menunggu rumah baru mereka. – FMT

Tags: DAPPRK SandakanRumah PPRTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd