• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Isteri Saya Sediakan Kain Kafan Sendiri” – Musa Hassan

oleh
03/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – “Isteri saya sediakan kain kafan sendiri sebelum meninggal dunia,” kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pembantu rumahnya selepas isterinya, Juriah Ahmad meninggal dunia jam 10.17 malam tadi.

Juriah meninggal dunia di rumah mereka di Jalan Chawan, Seksyen 6/15, di sini semalam.

Juriah, 73, meninggalkan empat anak dan sembilan cucu.

Musa berkata, isterinya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

“Saya baru lepas membawa isteri menjalani pemeriksaan kesihatan, semuanya ok tak ada masalah.

“Tetapi Selasa lalu, arwah tiba-tiba jatuh ketika hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohor di rumah ini,” katanya.

Tambah Musa, selepas dua hari menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pakar perubatan meminta kebenaran untuk melakukan pembedahan pada bahagian kepala.

Katanya, menurut pakar perubatan yang merawat isterinya, terdapat kesan darah beku pada otaknya membuatkan bahagian kepala membengkak.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga membuat keputusan untuk tidak melakukan pembedahan yang berisiko itu.

“Jadi kami membawa arwah pulang ke rumah sementara rawatan susulan dibuat,” katanya.

Sementara itu, Musa berkata, jenazah Allahyarham isterinya akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya untuk dimandi dan dikafankan sebelum solat jenazah pada jam 8 pagi ini.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) ketika Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 2006 hingga 2010. – Sinar Harian

Tags: isterimeninggal duniaMusa Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd