• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Statut Rom: Anifah Ulas Dakwaan Noor Farida Salah

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman tidak menandatangani Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Mac 2011 berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara yang pada masa itu tidak bersetuju dengan keputusan untuk Malaysia menyertai konvensyen tersebut.

Anifah berkata, Kabinet kemudian mengkaji semula isu tersebut pada tahun 2015 dan telah memutuskan Malaysia bersetuju untuk menyertainya dan mengarahkan Peguam Negara untuk menyediakan kertas-kertas kerja yang diperlukan untuk dibentangkan semasa mesyuarat Kabinet.

“Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak pernah menyediakan kertas-kertas itu.

“Sehubungan itu, dakwaan jurucakap G25, Noor Farida Mohd. Ariffin yang mendakwa saya tidak menandatangani instrumen penyertaan Statut Rom pada bulan Mac 2011 adalah gambaran yang salah dan tidak tepat pada keseluruhan keadaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anifah, walaupun dalam tempoh itu Noor Farida telah mencadangkan agar Malaysia bersetuju dengan Statut Rom namun ada perkara-perkara yang tidak jelas perlu ditangani seperti kebimbangan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara yang secara sah salah satu adalah pihak berkuasa tertinggi.

“Kebimbangan ini perlu ditangani, sebab itulah kami menunggu kertas daripada Jabatan Peguam Negara untuk dikemukakan kepada kabinet.

“Apabila menandatangani sebarang statut atau apa-apa yang mewakili negara, saya selalunya sangat berhati-hati kerana kesilapan boleh menyebabkan kesan negatif di dalam dan di luar negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anifah Amanjabatan peguam negaraStatut Rom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

04/09/2023
0

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberi hujah 11 alasan mengapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd