• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Risau Mama” – TMJ

oleh
02/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) meminta bondanya, Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris agar tidak risau akan dirinya.

“Jangan risau Mama. Semuanya akan baik-baik sahaja. Tidak kira bagaimana gelapnya ribut melanda, akan ada sinar mentari. Ini janji saya kepadamu. ALLAH Pelihara Sultan,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pewaris takhta negeri Johor itu berkata demikian selepas bondanya melahirkan perasaan tertekan apabila anakanda baginda diperli dan dimaki tanpa sebab.

Raja Zarith Sofiah dipercayai bertitah demikian susulan pertikaian antara TMJ dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung ratifikasi Statut Rom oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Raja Zarith Sofiah bertitah, kepada mereka yang melakukan perbuatan itu, baginda berdoa semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayahNya.

Titah baginda lagi, kepada mereka yang memberi nasihat pula kepada anakanda-anakanda baginda, diucapkan terima kasih dengan hati yang ikhlas.

“Sebagai seorang ibu yang sudah mengalami keperitan melihat seorang anaknya menghembus nafas yang terakhir, dan melihatnya dikebumikan, mungkin tidaklah salah jika saya terasa tertekan apabila anak saya yang lain dimaki hamun dengan rancak, diperli, dan dijadikan sebagai hiburan untuk semua yang memikirkan mereka lebih bijak, dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan pun.

“Oleh sebab kami sekeluarga menyedari kami umat Islam, dan setiap kali kami bersujud kami juga menyedari kami adalah hamba Allah, kami tahu kami tiada kuasa diDunia ini,” katanya melalui hantaran Facebook.

Mengulas perkara itu, Dr. Mahathir berkata, TMJ tidak boleh menukar perdana menteri.

“Perdana menteri cuma rakyat sahaja yang boleh tukar, bukan dia. Dia ingat dia orang besar, dia bukan orang besar, dia orang kecil.”

Kenyataan itu dibuat oleh Dr. Mahathir selepas tular rakaman video yang memaparkan TMJ meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor selepas perlawanan Kejuaraan Liga AFC.

Ketika kenderaan SUV berwarna hitam yang membawa Tunku Ismail lalu, peminat JDT melaungkan “hidup TMJ” tetapi ada seorang penyokong pula berkata “tukar Mora”, yang merujuk kepada jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Susulan itu, kenderaan SUV membawa TMJ tiba-tiba berhenti dan beliau didengar sebagai berkata, “daripada tukar Mora, baik tukar perdana menteri.” – MalaysiaGazette

Tags: Raja Zarith SofiahTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd