• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantik Ketua Hakim Tanpa Tubuh J/kuasa Terpilih Parlimen?

oleh
01/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa mungkir janji lagi apabila gagal menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Jawatankuasa itu merupakan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 berhubung pelantikan hakim-hakim.

Janji 19 manifesto itu yang berbunyi: “Kerajaan PH akan memastikan pelantikan hakim-hakim dilakukan dengan berpaksikan kelayakan dan pengalamannya, tanpa dipengaruhi kepentingan politik. Keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan diputuskan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen.”

Keputusan pelantikan yang dibuat oleh suruhanjaya ini akan dilaksanakan setelah merujuk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, menurut janji manifesto tersebut.

Aktivis politik, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard berkata, apabila Perdana Menteri mengumumkan Ketua Hakim Negara yang baharu akan diumumkan dalam minggu ini bermakna kerajaan sekali lagi gagal menunaikan janji.

Jelasnya, jika manifesto lain tidak ditunaikan dengan alasan kerajaan lama meninggalkan beban hutang tetapi mengapa Jawatankuasa Terpilih Parlimen masih tidak diwujudkan selepas hampir setahun memerintah.

“Soalnya manifesto lain tak ditunai alasan kerajaan lama tinggal hutang maka menghalang tunai janji … tetapi benda asas setahun menjadi kerajaan namun mana jawatankuasa khas parlimen untuk melantik suruhanjaya perlantikan hakim … jawapannya “kencing” tak ada… tanggung jawab siapa urus reformasi sistem dan parlimen ni… buat apa tidur saja ka atau sibuk susun politik diri tak sudah sudah?” soal beliau.

Chegu Bard juga mendakwa beberapa sumber menyatakan kemungkinan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Katanya, Idrus adalah abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun.

“Azhar atau lebih dikenali Art Harun merupakan penyokong kuat Mahathir dalam menjatuhkan Najib sebelum ini.

“Malah menurut sumber lain abang sulung Art Harun pernah menjadi penasihat undang-undang Mahathir,” dakwa beliau lagi.

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Raja-Raja berhubung pelantikan berkenaan.

Mengikut kebiasaan, jawatan Ketua Hakim Negara yang kosong selepas persaraan Tan Sri Richard Malanjum pada 12 April lalu, akan diisi dalam tempoh seminggu selepas ia dikosongkan.

Menurut laporan sebuah portal Idrus Harun disebut-sebut mengisi jawatan itu, selain seorang hakim wanita.

Bagaimanapun, calon terdekat, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang kini adalah ‘orang nombor tiga’ dalam badan kehakiman bakal bersara wajib bulan hadapan.

Selain Zaharah, dua lagi individu yang bakal mengosongkan kedudukan masing-masing kerana bersara wajib ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah. – MalaysiaGazette

Tags: Chegu BardKetua Hakim Negarapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd