• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Pekebun Kecil Getah Sarawak Tak Dapat RM600?

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA pemimpin kanan PBB mengkritik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM42 juta untuk membantu pekebun kecil getah di Sabah, mengatakan bantuan itu juga harus diberikan kepada mereka di Sarawak.

Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata wang di Perbendaharaan bukan milik ahli politik atau mana-mana parti politik tetapi milik semua rakyat Malaysia.

“Sarawak menyumbang sejumlah besar wang kepada tabung kerajaan melalui sumber minyak kami, tetapi kami rasa didenda apabila pekebun kecil getah kami tidak mendapat bantuan yang sama seperti di Sabah,” katanya.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan negeri Sarawak tidak ditadbirkan oleh Pakatan Harapan. “Ini tidak kelihatan adil,” katanya.

Wan Junaidi yang juga bekas menteri persekutuan, berkata kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional sebelum ini sering memberi bantuan kepada semua negeri, tidak kira sama ada negeri ditadbirkan BN atau lawan politik.

“BR1M, bantuan kepada nelayan, petani, projek-projek… tidak kira sama ada di Pahang, Kelantan atau Pulau Pinang. Selagi mereka rakyat Malaysia, mereka menerima bantuan.

“Apabila anda kerajaan, anda tidak boleh memilih untuk membantu sesiapa, anda perlu memberi bantuan di mana ia diperlukan.”

Menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata bantuan tambahan yang diberikan kepada Sabah, dan bukan kepada Sarawak adalah sama seperti menghukum pekebun kecil di negeri itu kerana ia ditadbir pesaing politik Pakatan Harapan.

“Lim perlu belajar untuk menjadi menteri kepada semua rakyat Malaysia, membantu semua orang tanpa mengira sama ada mereka ditadbir PH atau sebaliknya,” kata Karim, yang juga menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Minggu lalu, Lim mengumumkan 70,000 pekebun kecil getah di Sabah akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 melibatkan peruntukan tambahan kira-kira RM42 juta yang diluluskan Kementerian Kewangan. – FMT

Tags: PBBPekebun Kecil Getahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd