• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OBOR China Beri Kebaikan Kepada Negara Rupanya

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau ‘baru’ mengetahui Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) yang dilaksanakan negara China memberi kebaikan kepada Malaysia.

“Rupanya, ia beri kebaikan kepada negara. Oh! Baru saya tahu,” kata Najib di Facebook beliau sambil berkongsi sebuah berita bertajuk ‘Inisiatif OBOR bukan rancangan China untuk dominasi – PM’.

Laporan berita yang disediakan oleh Bernama pada 28 April itu memetik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) oleh China merupakan rancangan pembangunan bersama negara-negara peserta dan bukan strategi Beijing untuk mendominasi.

Menurut Dr. Mahathir, beliau kini lebih memahami inisiatif pembangunan itu dan menyokongnya kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara.

“Kita merasakan rancangan Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan ini bukanlah rancangan dominasi oleh China, yang pada akhirnya akan dikuasai oleh China, sebaliknya ia adalah dasar ciptaan semua negara dan bukan hanya tertumpu kepada China,” katanya hari ini.

Dr. Mahathir demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan lima harinya ke China untuk menghadiri Forum Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir kelmarin.

Forum antarabangsa itu dihadiri 37 pemimpin seluruh dunia dan 5,000 wakil daripada 150 negara. – UTUSAN ONLINE

Tags: ChinaNajib Tun RazakOBOR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd