• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gugur Status Agama: Itu Cadangan Jahat DAP

oleh
29/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Pemuda PAS menyifatkan cadangan Senator Nga Hock Cheh daripada DAP agar menggugurkan status agama daripada kad pengenalan sebagai tidak prihatin dengan sensitiviti rakyat di Malaysia.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak prihatin serta tidak peka dengan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Menurutnya, kenyataan sebegitu sememangnya akan membangkitkan kemarahan orang ramai malah beliau dilihat seperti cuba menguji tahap kesabaran masyarakat.

“Tidakkah beliau sebagai peguam dan ahli politik tahu isu sebegini cukup sensitif, boleh mendatangkan kesan negatif serta memudaratkan masyarakat jika di tidak ditangani dengan cermat dan bertanggungjawab.

“Untuk apa beliau membangkitkan isu sebegini? Ternyata dengan membangkitkan isu ini, beliau sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai dan berniat jahat,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Rabu lalu, Hock Cheh dalam sidang Dewan Negara berkata, antara sebab yang menghalang perpaduan dalam negara berlaku adalah kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar status agama dalam kad pengenalan digugurkan. Bagaimanapun, cadangan itu menerima kritikan ramai.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil turut menyelar tindakan Hock Cheh yang mencadangkan agar negara ini membuka kedutaan Israel.

“Semenjak DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan dan parti komponen dalam PH memenangi PRU14, kita boleh lihat banyak kenyataan-kenyataan di keluarkan pimpinan mereka mencetuskan kontroversi.

“Apa lagi yang DAP mahu lagi sebenarnya, tidak cukup lagikah permainan politik yang kotor dan keji sebegini di mainkan?” soalnya. – Sinar Harian

Tags: DAPkad pengenalanMuhammad Khalil Abdul HadiPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd