• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Halusi Cadangan Gugur Status Agama Kad Pengenalan

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri akan memperhalusi semasak-masaknya cadangan mengugurkan perkataan agama dalam kad pengenalan, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini berikutan kerajaan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah, atau isu sensitif kepada sesetengah pihak.

Oleh itu, sementara melakukan penelitian kerajaan katanya, penggunaan perkataan tersebut akan dikekalkan dalam kad pengenalan.

“(Setakat ini), belum saya terima lagi secara rasmi (cadangan). Dulu pernah ada suara (menyatakan cadangan sama) tetapi selepas dibincang, tidak menjadi perubahan itu (tidak dilaksanakan).

“Jadi, saya kena pandang perkara ini dengan teliti, sama ada wajar atau tidak wajar. Ada pandangan mengatakan cadangan YB Senator itu (Nga Hock Cheh) bertentangan dengan Perlembagaan, pasal ada melibatkan hak keistimewaan Melayu iaitu adalah untuk membezakan orang Melayu dan bukan Melayu dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita, mengenai cadangan penguguran perkataan itu selepas merasmikan Majlis Bersantai bersama Pemimpin sempena pelancaran buku ‘Bersatu Mulanya Di Sini’ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor merangkap Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Rabu lalu, Hock Cheh dalam sidang Dewan Negara berkata, antara sebab yang menghalang perpaduan dalam negara berlaku adalah kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.

Justeru, beliau mencadangkan agar perkataan agama dalam kad pengenalan digugurkan namun, pandangannya itu dikritik ramai pihak.

Tags: agama islamkad pengenalanKDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd