• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akan Beri Sokongan Kepada PBS Di PRK Sandakan

oleh
28/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS akan memberi sokongan padu kepada calon dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan bermula semalam hingga 11 Mei nanti.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut diambil bagi menguatkan blok pembangkang.

Menurutnya, ia penting kerana pembangkang akan memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan di dalam Parlimen demi kebaikan negara dan rakyat.

“Selaras dengan itu, PAS khususnya PAS Sandakan dan PAS Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat.

“Ia bagi memastikan ahli dan penyokong PAS di kawasan ini supaya turun membuang undi pada 11 Mei 2019 bagi membantu calon blok pembangkang dari PBS iaitu Linda Tsen dalam menghadapi PRK ini,” katanya.

PRK Parlimen Sandakan menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan calon DAP, PBS dan tiga calon Bebas.

DAP mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee, 30, anak bongsu penyandang kerusi Parlimen Sandakan sebagai calon untuk mempertahankan kawasan itu, dicabar calon PBS, Linda Tsen 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Sapi.

Sementara itu, PRK Parlimen Sandakan turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan tiga calon Bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Samat dan Hamzah Abdullah.

PRK Parlimen Sandakan diadakan selepas penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, dari DAP, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 28 Mac lepas.

Mendiang Wong dipilih sebagai anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Vui Keong dengan majoriti 1,088 undi.

Pada PRU-14 lepas, mendiang Wong berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 10,098 undi untuk mengalahkan calon BN, Datuk Lim Ming Hoo.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRK Parlimen Sandakan 27 April dan hari mengundi pada 11 Mei dengan hari pengundian awal pada 7 Mei.

Parlimen Sandakan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Papat dan Elopura dengan jumlah 40,131 pemilih layak mengundi termasuk 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Daripada jumlah pengundi itu, 20, 274 orang adalah wanita, manakala 19,857 lelaki. – Sinar Harian

Tags: PASPBSPRK SandakanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd