• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sokong Penuh Inisiatif Jalur Dan Laluan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Malaysia menyokong penuh inisiatif Jalur dan Laluan kerana negara akan memperoleh manfaat daripada projek infrastruktur besar-besaran yang akan dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Bercakap pada mesyuarat peringkat tinggi Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa di Pusat Persidangan Kebangsaan China, pemimpin berusia 94 tahun itu berkata, inisiatif Jalur dan Laluan adalah satu idea yang hebat.

“Saya menyokong sepenuhnya inisiatif Jalur dan Laluan. Saya yakin negara saya, Malaysia akan mendapat manfaat daripada projek itu,” kata beliau dalam ucapannya.

Perdana Menteri yang tiba di sini tiga hari lepas untuk lawatan kerja lima hari ke China, ialah antara beberapa pemimpin yang diberi peluang untuk berucap pada forum itu.

Presiden China, Xi Jinping yang mencetuskan idea mengenai inisiatif Jalur dan Laluan itu, merasmikan forum itu yang dihadiri oleh 37 pemimpin dunia dan 5,000 perwakilan dari 150 negara dari serata pelosok dunia.

Xi mencetuskan cadangan dasar infrastruktur itu enam tahun lepas bagi tujuan menghidupkan semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu menghubungkan Asia dengan bahagian lain dunia, menerusi pembinaan landasan kereta api, lapangan terbang, saluran paip dan lain-lain cara.

Dr. Mahathir yang menyifatkan mesyuarat itu sebagai ‘forum yang penting’, juga menggesa jalan penghubung di sepanjang Jalur dan Laluan itu dilindungi, terbuka dan bebas untuk semua.

“Elemen penting ialah kebebasan di sepanjang laluan ini. Jalan penghubung ini hanya bermanfaat sekiranya ia turut menawarkan kebebasan. Kedua-dua laluan laut dan darat akan melalui banyak negara.

“Kerumitan birokrasi akan memperlahankan kelajuan perjalanan. Oleh itu adalah penting, bagi semua laluan ini bebas dan terbuka kepada semua,” katanya.

Beliau berkata selain terbuka dan bebas untuk semua, jalan penghubung ini mestilah selamat seperti “keganasan dan peperangan akan membuat keajaiban moden ini tidak mampu menawarkan manfaat seperti yang mereka dijanjikan.”

Tags: Chinajalur dan laluanMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd