• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Kecam Dollah Ambil Pemain Ada Rekod Mengatur Perlawanan

oleh AK-47
16/09/2014
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh (gambar) kerana mengambil beberapa pemain bola sepak yang pernah disabitkan dengan kesalahan mengatur perlawanan kembali menyerung jersi Harimau Malaya.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menyifatkan langkah Dollah itu sesuatu yang cukup membimbangkan kerana ia secara tidak langsung menunjukkan sistem pengurusan yang lemah dalam skuad bola sepak negara.

Menurut baginda, salah seorang pemain tersebut adalah Azizon Kadir yang menyarung jersi kebangsaan selaku penjaga gawang pasukan.

“Kini keraguan timbul kerana reputasi peribadi sedemikian bakal menimbulkan tanda tanya mengenai sejauh mana pemain tersebut benar-benar bermain dengan penuh kesungguhan. Pasti keresahan timbul berikutan posisi beliau merupakan benteng terakhir pasukan.

“Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya yang difikirkan oleh jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh?. Kita dengan jelas memerlukan seorang jurulatih yang menilai persembahan seseorang pemain berpandukan prestasi semasa dan bukan kerana pilih kasih. Kejahilan membawa kepada huru hara dan kegagalan,” kata baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail turut memaklumkan, salah seorang pemain Harimau Malaya yang dipilih menjarung jersi kebangsaan iaitu Kapten pasukan PDRM, Muslim Ahmad perrnah disiasat oleh pihak polis selepas perlawanan Liga Super Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bahru pada musim lalu.

Menurut baginda, siasatan polis dengan kerjasama PBNJ mendapati terdapat 18 panggilan yang telah dibuat oleh Muslim ke nombor yang didapati milik seorang ‘Ceti Haram’ yang berasal dari Terengganu.

“Perkara sebegini adalah juga antara punca kontrak beliau tidak disambung semula oleh PBNJ,” katanya.

Dalam perlawanan petang ini pasukan senior Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0 ditangan Indonesia dalam siri persahabatan Kejohanan AFF yang akan berlangsung di Singapura bermula 23 November depan.

Manakala skuad Bawah 23 Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 3-0 ditangan pasukan Korea Selatan dalam perlawanan yang berlangsung Incheon bagi Sukan Asia 2014. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd