• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Utama Kes Raymond, Amri Bukan Pegawai Polis

oleh
24/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menafikan pembabitan polis Cawangan Khas Bukit Aman dalam kehilangan paderi Raymond Koh Keng Joo dan aktivis Amri Che Mat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu yang dilaporkan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu sebenarnya pegawai awam yang ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM).

“Hasil siasatan mendapati individu itu bukanlah pegawai polis dari Cawangan Khas.


“Individu itu juga telah berhenti daripada tugasnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, setakat ini pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung kes itu.


“Kita akan rujuk dengan pihak Timbalan Pendakwa Raya. Sekiranya ada keperluan untuk keluarkan waran kita akan berbuat demikian,” katanya.

Pada 3 April lalu, Suhakam mengeluarkan satu laporan susulan inkuiri 18 bulan berhubung beberapa kes kehilangan orang.

Laporan itu menyimpulkan bahawa polis Cawangan Khas terbabit dalam kehilangan Raymond dan Amri.

Prosiding inkuiri itu diketuai oleh Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah Weng Kwai, seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.

Tags: amri che matkes kehilanganPDRMraymond koh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd