• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiman Tino Lapor Polis Berhubung Klip Video Lucah

oleh
24/04/2019
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aiman Tino bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah mengaitkan dirinya dengan penularan video lucah seorang lelaki mirip wajahnya baru-baru ini.

Aiman atau nama sebenarnya Mohamad Aiman Yusri, 20, berkata, sebuah laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 11 malam di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor semalam.

Menurut Aiman, dia memberi amaran kepada pelaku untuk bersedia bertemunya di mahkamah.

“Saya telah dihubungi oleh rakan wartawan yang memberitahu ada melihat satu rakaman video mirip diri saya telah tular di media sosial.

“Saya dengan ini menafikan sekerasnya bahawa orang dalam video tersebut adalah saya dan memohon pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap penyebar video,” katanya.

Tambah Aiman, video berkenaan bukan sahaja mengaibkan dirinya, malah turut mencalarkan imej kedua ibu bapanya.

Semalam Kosmo! Online melaporkan penafian Aiman berhubung penularan klip video kedua yang dikatakan mirip wajah pelantun Ku Rela Dibenci itu.

Terdahulu, Aiman pernah terpalit isu yang sama berikutan penularan sebuah klip video seorang lelaki melakukan aksi lucah yang juga mirip wajahnya.

Sebelum ini, Aiman pernah memberi amaran untuk membuat laporan polis sekiranya kontroversi tersebut berlarutan. – K! ONLINE

Tags: aiman tinolaporan polisvideo lucah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

25/06/2026
0

SEGAMAT - UMNO Bahagian Segamat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkaitan proses...

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negeri Johor terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd