• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CCCC Tiada Hak Ke Atas Hasil Mineral, Galian Negeri

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) menafikan dakwaan bahawa China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) mempunyai sebarang hak dan kepentingan terhadap hasil mineral dan galian di negeri yang terlibat semasa pembinaan projek ECRL sepanjang 640 kilometer.

“MRL ingin menekankan bahawa pembinaan projek ECRL yang kini menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965.

“Antaranya, Seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1965, dengan jelas menyatakan bahawa semua galian dan bahan batuan yang terkandung atau berada di atas tanah adalah hak milik kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Negeri,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

MRL memetik Seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu semua harta dalam Tanah Kerajaan, semua galian dan bahan batuan yang terkandung di dalam atau di atas mana-mana tanah (kecuali jika hak-hak ke atasnya telah dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri) adalah terletak hak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Justeru itu, MRL menafikan dakwaan berita dan ulasan yang menyatakan bahawa hasil mineral dan galian seperti emas dan silika akan dimiliki oleh CCCC ketika pembinaan rangkaian rel ECRL.

Menurut syarikat itu, sama seperti mana-mana kontrak pembinaan, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) bagi projek ECRL juga mempunyai klausa ‘antiquities’ di mana semua barang antik dan harta berkepentingan yang dijumpai di tapak pembinaan akan dimiliki sepenuhnya oleh majikan tersebut, di dalam situasi ini ia adalah MRL.

MRL juga mengulangi bahawa pihaknya adalah pemilik penuh aset rangkaian rel ECRL dalam syarikat usaha sama 50:50 yang akan ditubuhkan bersama CCCC untuk operasi dan penyelenggaraan ECRL.

Ini bertujuan bagi memastikan aset di bawah projek ECRL adalah di bawah kawalan kerajaan Malaysia, katanya.

MRL, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), juga menjelaskan bahawa pelantikan utama anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi di dalam syarikat usaha sama akan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Sebagai pemilik aset dan projek ECRL, MRL menyangkal dakwaan berita dan ulasan yang mencadangkan bahawa Malaysia berisiko menggadaikan aset dan kedaulatan negara kepada China hasil daripada syarikat usaha sama.

MRL berkata, tujuan utama syarikat usaha sama antara MRL dan CCCC ditubuhkan adalah untuk perkongsian risiko operasi dan sokongan teknikal selain Malaysia juga dapat memanfaatkan kepakaran operasi dan penyelenggaraan ECRL menerusi konglomerat yang disokong kerajaan China.

MRL juga memaklumkan bahawa menerusi Memorandum Persefahaman (MOU), tiada jaminan pendapatan atau keuntungan daripada kerajaan Malaysia untuk usaha sama MRL-CCCC dalam menguruskan operasi dan penyelenggaraan.

Justeru itu, pembahagian keuntungan dan kerugian syarikat usaha sama tertakluk kepada MOU yang telah dipersetujui iaitu melalui persefahaman yang telah dicapai, kerugian operasi ECRL akan ditanggung 50:50 antara MRL dan CCCC, menurut syarikat tersebut.

Namun, jika operasi mencatatkan keuntungan, 80 peratus keuntungan adalah milik MRL dan baki 20 peratus akan dimiliki CCCC, katanya.

Tags: CCCCMRLProjek ECRL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd