• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pemuda PAS Terima Teguran Mohammad Agus

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pada waktu Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff dihentam teruk penyokong PAS, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat pula kelihatan menyokong kenyataan penganalisis politik tersebut.

Suhaizan mendakwa, beliau sebagai golongan muda PAS wajar menerima kenyataan berbaur kritikan Mohammad Agus ke atas parti tersebut melalui media sosial Facebook baru-baru ini kerana itu merupakan satu teguran.

“Sebagai org muda dalam PAS. Saya terima teguran Prof. Mohammad Agus Yusoff,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Agus sebelum ini mengkritik PAS kerana satu waktu dahulu meraikan perbezaan pendapat, tetapi sekarang alergik kepada pendapat berbeza dan berpendirian menentang pandangan ulama sifat syaitan.

Beliau turut menyindir PAS dahulu menyertai pilihan raya umum untuk ke Putrajaya bagi membina Malaysia baru, tetapi sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari parti, tetapi keredhaan Allah.

“Dahulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, sekarang menuntut ketaatan ahli kepada pemimpin.

“Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri,” sindir Mohammad Agus.

Ekoran itu, ramai penyokong PAS mengecam beliau sebagai menolak Islam, mempermainkan ulama, terlupa dosa pahala, bersekongkol dengan orang kafir atau diupah untuk menulis cerita tidak benar tentang ulama PAS.

Justeru, Mohammad Agus menasihatkan penyokong PAS supaya memahami PAS bukan agama, sebaliknya hanya sekadar sebuah parti politik yang ada kelebihan dan kekurangan.

“Jika PAS mahukan sokongan, berdakwahlah secara berhemah. Sampaikan pesan itu dengan penuh kasih sayang dan kesabaran, bukannya dengan melabel orang dan mencarut dengan hal-hal yang tidak perlu.

“Semoga penyokong tegar PAS tidak histeria dengan coretan ini,” sindir penganalisis politik itu lagi.

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd