• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sampai Nama Kampung Baru Hilang!

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Identiti tanah rizab Melayu di Kampung Baru tidak akan hilang sekiranya ia dibeli dan dibangunkan kerajaan Persekutuan.

Penganalisis Ekonomi, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan Persekutuan mencari jalan bagi membeli tanah sedia ada di Kampung Baru untuk tujuan penempatan Melayu di Kuala Lumpur.

“Langkah kerajaan untuk menyelesaikan status tergantung isu Kampung Baru ini memang bagus. Tapi pastikan jangan sampai nama Kampung Baru hilang, ia harus dikekalkan.

“Bagi mengekalkan Kampung Baru sebagai tanah rizab Melayu, kerajaan kena buat keputusan sebab jika tanah itu dibeli pemaju dari luar negara mungkin kita tak ada peluang lagi untuk kekalkan identiti Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut beliau, isu penempatan moden dan bersepadu masyarakat Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini harus segera diselesaikan.

“Namun kerajaan patut memikirkan kewangan negara memandangkan kos membeli keseluruhan tanah seluas 100 hektar ini dianggarkan menelan kos RM10 bilion.

“Kerajaan juga perlu bersedia berdepan reaksi daripada pemilik dan pewaris tanah di situ yang mungkin mahu pampasan dalam bentuk saham, rumah atau kedai. Tapi saya yakin dengan rundingan berhemah masalah ini dapat diselesaikan,” ujarnya.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu negara.

Khalid berkata, dana sebanyak itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.

Bagaimanapun katanya, dana RM10 bilion diperlukan dengan syarat seluruh pemilik tanah di Kampung Baru bersetuju menerima tunai sebagai rundingan pengambilalihan tanah milik mereka untuk dibangunkan pemaju yang akan dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – Sinar Harian

Tags: Kampung Barupakatan harapanpenempatan melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

13/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ekoran akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd