• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beri Jaminan Lunas Obligasi Hutang 1MDB

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutang berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Kerajaan perlu mencari wang untuk membayar semua pinjaman berkaitan dengan 1MDB, meskipun kerajaan tidak mendapat sebarang pulangan dari segi nilai,” katanya.

Mengulas mengenai laporan berita yang menyatakan kerajaan mencadangkan bon 1MDB bernilai RM2.4 bilion yang dipegang oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Tabung Haji (TH) ditukarkan menjadi pegangan ekuiti dalam projek Bandar Malaysia, Lim berkata pinjaman mereka adalah 100 peratus dijamin.

“Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, pihak yang seharusnya bimbang adalah Kementerian Kewangan dan kerajaan kerana kami menjamin pinjaman mereka, jadi kami beri jaminan bahawa mereka akan mendapat wang mereka,” katanya selepas menyaksikan majlis permeteraian Perjanjian Program Kerjasama antara kementerian beliau dan Bombardier Hartasuma Consortium, di sini, hari ini.

Menurut laporan berita, sukuk Islam bernilai RM2.4 bilion yang dipegang oleh KWAP dan TH semasa ia diterbitkan pada 2014 untuk mengumpulkan dana bagi Bandar Malaysia, akan ditebuskan bagi RM3 bilion mengikut terma yang dicadangkan.

Tags: 1MDBLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd