• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor China Dapat Tanah Sekitar Stesen ECRL?

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajukan dua soalan berkaitan dengan penyambungan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Bekas perdana menteri itu mahu tahu:

1) Adakah syarikat China yang dianugerahkan projek ECRL itu mendapat pengecualian cukai SST seperti yang diberi oleh kerajaan PH kepada syarikat yang membina landasan berkembar Gemas ke Johor Baharu pada suku ke-4 tahun lepas?

2) Adakah ianya benar bahawa ada perjanjian sampingan (side agreement) dengan syarikat China seperti didakwa dalam dokumen-dokumen dikatakan terbongkar yang telah tular sejak beberapa hari dahulu di mana syarikat China itu juga diberikan tanah yang luasnya beribu-ribu ekar untuk membangunkan projek-projek di sekitar stesen-stesen ECRL?

Dalam satu catatan di Facebook, Najib “berterima kasih” kepada kerajaan PH kerana membuktikan kos projek ECRL bukan serendah RM29 bilion – angka yang sebelum ini disebutkan Tony Pua dari DAP, Sarawak Report dan media antarabangsa.

Beliau juga meminta orang ramai supaya menilai kewajaran keputusan pentadbirannya untuk mempercepatkan pembinaan ECRL.

“Adakah rakyat mahu ECRL hanya siap pada 2034 ataupun pada 2022 seperti apa yang diputuskan BN?

“Adakah adil untuk negeri-negeri pantai timur menunggu hingga 18 tahun lagi untuk menikmati pembangunan dan limpahan ekonomi seumpama ini?

“Berapakah jumlah peluang pekerjaan, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar dan impak limpahan ekonomi yang akan terlepas dalam tempoh itu?” katanya.

Beliau percaya mempercepatkan projek itu akan matlamat merapatkan perkembangan ekonomi antara pantai timur dan pantai barat Semenanjung boleh dicapai secepat mungkin.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan projek ECRL akan diteruskan, dengan kos pembinaan Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak RM44 bilion berbanding RM65.5 bilion sebelum ini. – FMT

Tags: ChinaNajib Tun RazakProjek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd