• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharifah Shahira Melenting, Sindir AME 2019

oleh
23/04/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya kerana mendakwa tidak diberikan tempat duduk sehingga terpaksa berdiri pada malam Anugerah MeleTOP ERA (2019) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil malam semalam.

Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 45, berkata, dia kecewa walaupun namanya antara lima calon kategori Penyampai Radio MeleTOP, pihak penganjur gagal menyediakan tempat duduk untuk dirinya.

Menurutnya, pada awalnya dia enggan menghadiri acara anugerah pada malam itu akhirnya bersetuju atas dasar tanggungjawab sebagai calon dan mewakili Suria FM.

“Semalam ke MeleTOP (AME) mewakili radio kami Suria FM. Bukan senang suruh aku turun sebab malas mahu jahit baju dan bersolek.

“Paling malas sebab tahu kalau pergi pun tempat duduk tidak ada walaupun calon. Suka duduk rumah tengok (menonton) Korea (drama),” katanya di laman Instagramnya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

Semlm nak gi meletop wakil radio kami Suria fm… Bukan senang suh aku turun…sbb malas nak jahit baju..make up Paling malas..sbb tau dah..pergi pun tempat duduk takde…. walaupun calon katanya….berdiri..nasib baik org astro carikan jugak …si sahri af..tu haa…baik dia..tolong warga sendu..siap tanya nak air ke tak? Ada laa hujung tu haaa duduk ngan fad becok dan isteri Suka duk umah tgk korea Hebat anugerah meletop… Penuh padat.. Berdiri dibuatnya Jadi tima kasih @epie_temerloh Dan baju dari @ooicouture

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on Apr 21, 2019 at 10:58pm PDT

Dia yang mengenakan busana pereka fesyen O’oi Coutoure dan jurusolek Epie Temerloh hadir bersama suami, Ijoy Azhari pada malam anugerah berkenaan.

Bagaimanapun, masalah tersebut berjaya diselesaikan oleh wakil Astro yang mencari tempat duduk kosong untuk Sharifah Shahira dan pasangan.

Dalam kiriman yang sama, Sharifah Shahira turut memuat naik entri berbaur sindiran terhadap penganjuran AME pada malam semalam.

“Hebat anugerah MeleTOP, penuh padat, berdiri dibuatnya,” katanya.

Kategori Penyampai Radio MeleTOP dimenangi oleh penyampai radio ERA, Johan manakala anugerah kemuncak Top Top MeleTOP dimenangi oleh Khai Bahar dan Siti Nordiana. – K! ONLINE

Tags: AME 2019SHARIFAH SHAHIRAHSuria FM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli AME 2019

22/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTOP ERA 2019...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd