• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlukan Dana RM10 Bilion Beli Tanah Di Kampung Baru

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN persekutuan sedang mencari jalan untuk membeli tanah-tanah sedia ada di Kampung Baru bagi tujuan penempatan Melayu di Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata pembelian tanah tersebut bagi memastikan pembangunan semula yang lebih teratur dan menyeluruh di kawasan segi tiga emas itu.

Kata Khalid langkah itu dapat mengelakkan pembangunan secara “runcit” apabila pemilik tanah menjualnya kepada pemaju secara langsung.

Ia juga, katanya lagi, dapat mengelakkan pemaju menjual hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu, bagi mengekalkan kawasan itu sebagai tanah rizab Melayu.

“Sekiranya semua orang mahu tunai, dan tiada siapa yang mahu pangsapuri (sebagai pertukaran untuk tanah mereka) ini merupakan senario terburuk yang mungkin (perlukan) antara RM6-10 bilion,” kata Khalid dalam sidang medianya di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan juga sedang mengkaji formula di mana pemilik tanah akan mendapat pembayaran campuran seperti wang tunai dan hartanah, contohnya.

Mengenai cara mendapatkan dana, Khalid berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkemungkinan akan mengeluarkan bon perbandaran atau sukuk.

Bagaimanapun, kata Khalid semua itu bergantung kepada rundingan dengan pemilik tanah dan jenis pembayaran yang mereka mahu untuk tanah mereka.

Namun, Khalid berkata usaha tersebut amat penting bagi kawasan Melayu untuk dibangunkan.

“Sesuatu yang amat memalukan untuk ditunjuk kepada pelancong asing bahawa ini adalah kawasan Melayu (di tengah-tengah bandaraya), macam kampung setinggan sedangkan tanah (di sini) cukup bernilai dan pemiliknya semua patut dianggap sebagai jutawan tetapi tidak dapat memanfaatkan nilai hartanah tersebut,” katanya.

Khalid berkata setakat ini 80 peratus pemilik bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan yakin semua yang terlibat akan bekerjasama dengan kerajaan.

Khalid berkata pembangunan Kampung Baru merupakan indikator prestasi peribadi sepanjang menjadi barisan kabinet Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaKini

Tags: Kampung BaruKhalid Samadpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd