• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Sedang Dikering Di Dobi Layan Diri Dicuri

oleh
22/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah berputih mata kerugian hampir RM500 selepas semua pakaian yang sedang dikeringkan di sebuah dobi layan diri di Kuala Ibai di sini dicuri individu tidak dikenali pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pada 3 petang itu, antara pakaian yang dilarikan penjenayah terbabit ialah pakaian seragam Persatuan Bulan Sabit Merah dan taekwando milik anaknya.

Mangsa, Sukinah Zulkifli, 37, berkata, sewaktu kejadian, dia meninggalkan sekejap dobi layan diri terbabit selama kira-kira 30 minit untuk mengambil anaknya dari sebuah sekolah berhampiran.

“Sekembalinya ke premis dobi itu, alangkah terkejutnya saya mendapati mesin pengering yang digunakan sudah kosong tanpa pakaian.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), rupa-rupanya kesemua pakaian saya itu dilarikan seorang lelaki yang bertopi dan memakai baju T berwarna biru,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sukinah berkata, CCTV premis dobi tersebut menunjukkan imej suspek yang membuka pintu mesin pengering berkenaan sewaktu ia masih beroperasi sebelum melarikan kesemua pakaian milik keluarganya.

Dia yang mahu kejadian yang menimpa dirinya menjadi pengajaran kepada pengguna dobi layan diri lain memberitahu laporan polis telah dibuat berhubung kecurian berkenaan.

“Saya tinggalkan baju di dobi layan diri tidak lama. Sebagai ibu, masa itu emas. Dalam tempoh 30 minit sebelum pakaian itu kering, saya terpaksa gunakannya untuk pelbagai urusan lain seperti mengambil anak dari sekolah,” katanya. – K! ONLINE

Tags: curi pakaianDobi Layan DiriTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd