• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Ketua Hakim Negara Sudah Diserah Kepada Agong

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dipertimbangkan oleh Majlis Raja-raja.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, buat masa ini kerajaan masih menanti kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja berhubung lantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

“Nampaknya ada peruntukan sebelum lantikan Ketua Hakim Negara telah dibuat, ia perlu dipertimbang dan diputuskan oleh Majlis Raja-raja, bukan hanya keputusan daripada Agong.

“Kami (kerajaan) telah memaklumkan kepada Agong, jadi terdapat keperluan untuk baginda memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja yang lain.

“Bagi pihak kerajaan, kami sudah selesai. Sekarang cuma tunggu keputusan dan kelulusan daripada Agong dan Majlis Raja-raja berkenaan lantikan Ketua Hakim Negara yang baharu,” katanya pada sidang media di Yayasan Albukhary, di sini, hari ini.

Pada 12 April lalu, Richard telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara selepas mencapai usia bersara wajib iaitu 66 tahun enam bulan.

Beliau yang akan mencapai usia 67 tahun pada 13 Oktober ini, menjawat jawatan berkenaan selama sembilan bulan.

Tempoh perkhidmatan beliau sebelum ini dilanjutkan selama enam bulan, seperti yang dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Richard mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Julai 2018.

Beliau yang sebelum itu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif, yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, berkata beliau sudah mempunyai calon pengganti dan akan mengumumkannya kelak. – Sinar Harian

Tags: AgongKetua Hakim NegaraMahathir MohamadMajlis Raja-Raja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya kemelut melibatkan institusi takhta Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak berautoriti untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd