• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berunding Beli Senjata Guna Sistem Barter

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedang berunding dengan beberapa negara, termasuk Pakistan, Rusia dan China bagi memperolehi aset melalui sistem barter, kata Mohamad Sabu.

Menteri pertahanan itu berkata, negara berkenaan menunjukkan kesediaan menerima minyak sawit sebagai pertukaran, sekiranya Malaysia bercadang membeli aset pertahanan daripada mereka.

“Ia sedang diusahakan secara gigih dan ada sambutan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Perolehan aset pertahanan secara sistem barter dilihat salah satu cara mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Beliau akan ke Rusia esok untuk mengikuti program, termasuk pertemuan dengan menteri pertahanan negara itu dan isu sistem barter akan dibincangkan.

Katanya, jika menjadi kenyataan, kaedah sistem barter mampu meningkatkan harga minyak sawit.

Sementara itu, Mohamad berkata, kenyataan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad bulan lepas mengenai kemungkinan Malaysia memilih negara selain Eropah untuk memperoleh pesawat tempur bukan satu ketetapan.

“Kita kecewa dengan negara-negara Kesatuan Eropah, terutamanya Perancis kerana Malaysia banyak membuat pembelian aset dari Perancis, contohnya kapal terbang AirAsia dan aset ketenteraan seperti kapal selam Scorpene.

“Kalau mereka terus berkempen menentang kelapa sawit, Malaysia boleh beralih kepada negara lain, tetapi itu bukan lagi satu ketetapan.”

Parlimen Eropah dilaporkan dalam proses mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam biobahan api, manakala rangkaian runcit di Britain dan Iceland mengumumkan penggunaan komoditi itu akan dihentikan.

Malaysia ialah satu daripada pengeluar utama minyak sawit di dunia. Malaysia dan Indonesia menghasilkan hampir 90% minyak sawit dunia.

Pelobi anti-sawit mendakwa penanaman kelapa sawit menyebabkan penebangan hutan dan menyumbang kepada masalah jerebu, sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan penanaman kelapa sawit secara lestari.

Tags: Kementerian PertahananMohamad Sabusistem barter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd