• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Biadab Tuduh Kelantan Tertinggi HIV

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam kecoh apabila seorang wakil rakyat dari DAP mengaitkan peningkatan kes HIV di Kelantan berpunca daripada tindakan kerajaan negeri itu tidak membenarkan kewujudan pawagam.

Ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin ketika berucap membahas Titah Diraja, dikecam ADUN Selama dari PAS, Mohd Akmal Kamaruddin yang menyifatkannya sebagai biadab.

Menurut Mohd Akmal, tindakan wakil rakyat DAP itu bukan sahaja bermaksud jahat dan menghina, malah telah menyinggung perasaan rakyat Kelantan.

“Mempertikaikan keputusan kerajaan PAS Kelantan tidak membenarkan kewujudan pawagam hingga mengaitkannya dengan peningkatan HIV adalah tindakan biadab.

“Malah, kenyataan ini adalah tidak bertanggungjawab serta tidak profesional dilakukan seorang Ahli Yang Berhormat,” katanya sebagaimana dilaporkan portal rasmi PAS, Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mohd Akmal menyatakan, polisi untuk tidak membenarkan ada panggung wayang di Kelantan dibuat sejak negeri itu dipimpin bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, malah ketika PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kenapa dahulu tidak cakap (pertikaikan)? Hari ini cakap ada kaitan dengan HIV. Mana pimpinan PAN (Parti Amanah Negara) yang dahulunya bersama PAS dan Tuan Guru Nik Aziz? Kenapa tidak tegur kebiadaban ADUN Keranji ini?” persoalnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perak menggesa Chong Zhemin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan.

Mohd Akmal turut menyangkal dakwaan itu dan menegaskan Kelantan bukan negeri tertinggi HIV, sebaliknya statistik tahun 2017 menunjukkan penghidap HIV teratas dari Kelantan ialah di Pulau Pinang dengan 193 kes.

Statistik itu juga menunjukkan tiga negeri paling tinggi kes HIV ialah Selangor dengan 968 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (464 kes) dan Johor (347 kes).

“Tindakan kerajaan PAS Kelantan tidak membenarkan pawagam dibuka adalah salah satu langkah pencegahan. Naif sekali sekiranya tindakan ini dianggap ekstrem kemudian mengaitkan pula dengan HIV.

“Kenyataan tidak rasional tanpa fakta dan tiada kajian menunjukkan Chong Zhemin merupakan ekstremis pembenci PAS,” bidas beliau. – MalaysiaGazette

Tags: ADUN DAPHIVKelantanpanggung wayang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd