• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Dipukul Lan Pet Pet Mohon Tambah Hukuman

oleh
19/04/2019
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengawal keselamatan Yahya Manap, 68, yang dicederakan pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, telah menghantar permohonan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk merayu agar hukuman yang diterima pelakon itu ditingkatkan.

Peguam yang mewakili Yahya, Ahmad Ishrak Ahmad memberitahu Bernama di sini, hari ini bahawa permohonan itu telah dikemukakan pihaknya kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 petang, semalam.

Katanya permohonan itu dibuat selepas anak guamnya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret di sini yang mengenakan denda RM2,000 terhadap Mazlan, 49, Isnin lepas.

“Anak guam saya mengalami kecederaan yang agak teruk dan amat terkilan dengan keputusan berkenaan. Kami berasa amat terkilan dengan hukuman yang dikenakan ke atas OKT tersebut memandangkan ianya adalah terlalu ringan dan tidak setimpal dengan faktor pemberatan yang wujud dalam kes ini.

“Kami memohon Timbalan Pendakwa Raya dan Custodian of Public Interest mempertimbangkan untuk memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi Seremban supaya hukuman dapat ditambah,” katanya.

Pada 15 April lepas, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Nilai.

Majistret Mayon Yusof mengenakan denda berkenaan selepas pelakon itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 6 April lepas.

Dia didakwa memukul dan menumbuk Yahya kira-kira pukul 8 malam, di Acacia Park Desa Jati, Nilai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqh Mahroob.

Tags: kes pukulLan Pet Petpengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd