• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGA Jumpa Kubur Manusia Di Wang Kelian

oleh
19/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Operasi pemusnahan kem penempatan sementara Wang Kelian, Perlis oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membawa kepada penemuan kubur di kawasan itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian diberitahu hari ini.

Komandan Kompeni Batalion B PGA Briged Utara, DSP M Joeking berkata pasukannya seramai 30 orang terpaksa menghentikan operasi pemusnahan yang dilakukan pada 21 Jan 2015 selepas ternampak binaan seakan-akan kubur.

Saksi kelima RCI itu berkata pasukannya hanya sempat membakar kanvas khemah dan barangan makanan yang ditemukan di kawasan itu, manakala struktur penempatan dikekalkan.

“Selain membakar kanvas, anggota kami juga membuat pencarian di kawasan berkenaan dan operasi pemusnahan dihentikan serta merta setelah menemui kubur berkenaan.

“Ini bagi memastikan tindakan susulan dapat dilakukan,” katanya pada prosiding hari kedua pendengaran awam RCI berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Susulan penemuan itu, pihaknya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Semasa ditanya siapa yang mengeluarkan arahan pemusnahan itu, Joeking berkata ia dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis (TKP) Perlis dalam satu mesyuarat sehari sebelum operasi pemusnahan dijalankan.

“Saya tanya TKP apa nak buat dengan kawasan itu, dan beliau mengeluarkan arahan untuk memusnahkannya,” katanya.

Menurutnya sebelum keputusan dibuat, terdapat perbincangan lain dilakukan TKP tanpa kehadirannya.

Joeking berkata beliau menerima arahan tersebut dan memaklumkan kepada Pegawai Pemerintah Medan, DSP Silva Ngandam.

Katanya beliau dan DSP Silva bersama 30 anggota naik ke lokasi penempatan keesokan harinya untuk melakukan operasi pemusnahan.

Ditanya sama ada terdapat arahan khusus supaya penempatan itu dimusnahkan, Joeking berkata tiada tetapi sebagai anggota PGA, beliau berpandangan langkah berkenaan bagi mengelak kem tersebut digunakan semula oleh pendatang tanpa izin untuk kegiatan lain.

Sebelum ini, media melaporkan tindakan pemusnahan kem pemerdagangan manusia itu sehari selepas ia ditemui berkemungkinan bagi menghilangkan bukti yang boleh membantu siasatan pihak berkuasa.

Tags: PGARCIwang kelian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd