• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokan Wanita ‘Sangkut’ Bawa 50 Ketulan Ganja

oleh
19/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Tindakan seorang tokan wanita menyembunyikan 50 ketulan mampat ganja dalam guni makanan kucing gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas dia diberkas dalam satu serbuan di Lestari Perdana 3, Seri Kembangan di sini pada Selasa lalu.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun yang ketika itu sedang memandu kereta jenis Toyota Vios pada pukul 6 petang sebelum menemui kira-kira 50 kilogram ganja bernilai RM150,000 dalam but kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Kelantan menghala Lembah Klang.

“Siasatan lanjut juga mendapati, suspek yang merupakan penganggur itu baru aktif dalam kegiatan pengedaran dadah selain ujian air kencingnya positif dadah jenis Methampahetamin.

“Wanita tersebut dikatakan mendapat bekalan dari sempadan dan dibawa masuk melalui Kelantan sebelum dibawa sendiri menggunakan kereta untuk diedarkan kepada penagih sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, pihak polis kini dalam usaha mengesan ahli sindiket yang terlibat bersama suspek utama itu.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Rampasan ganja itu mampu menampung bekalan buat 10,000 penagih,” ujarnya. – K! ONLINE

Tags: ganjaPDRMTOKAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd