• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Sungai Berbuih Bawa Penemuan Kem Sementara

oleh
17/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Air sungai yang berbuih dan berbau sabun membawa kepada penemuan kem penempatan sementara Wang Kelian, Perlis.

Saksi pertama pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Lans Koperal Mat Ten berkata, ketika itu dia bersama Koperal Yusuf Islam Hasan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan awal pagi 19 Januari 2015.

“Ketika ambil air sungai untuk diminum, Yusof beritahu bahawa air sungai berbuih dan saya menghidu dan mendapati ia berbau sabun,” katanya.

Menurutnya, perasaan ingin tahu yang membuak-buak di fikiran menyebabkan dia mengajak Yusuf bergerak ke hulu sungai.

“Tiba di situ saya ternampak seorang perempuan sedang membasuh pakaian.

“Jaraknya sangat dekat dan kami berada di belakang wanita itu,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Khairul Anuar Abd Halim.

Mat dari Batalion Tiga, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Bidor berkata, intipan terus dilakukan bagi memastikan maklumat tepat diperoleh sebelum disampaikan kepada pegawai atasan.

“Selepas wanita itu naik ke atas, kami mengekorinya dan terdapat seorang lelaki sedang berbaring di kawasan tersebut ada sebuah bangunan yang diperbuat daripada kayu, dipercayai sebagai kedai,” katanya.

Setelah dipastikan tiada sesiapa berada di kawasan bangunan itu, dia memberanikan diri untuk membuka pintu.

“Di dalamnya ada banyak barangan makanan seperti beras, bawang, minyak masak, garam dan sardin yang tertera tulisan Thailand,” katanya.

Selepas berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi, mereka kemudiannya turun ke pos kawalan untuk memaklumkan penemuan itu kepada pegawai atasan, ASP Joking.

Katanya, sekitar jam 12 tengah hari, Joking telah mengarahkan pasukan pergi semula untuk ke lokasi penemuan itu.

“Kekuatan pasukan 10 orang yang diketuai oleh Inspektor Musaddid pergi semula ke kawasan itu sekitar jam 2 petang,” katanya.

Sebaik sahaja menghampiri kawasan berkenaan, Mat yang berada di barisan hadapan ternampak wanita yang sama mencuci pakaian tadi sedang memegang telefon.

“Terdengar telefon berbunyi seperti mesej masuk.

“Saya lihat wanita itu perhatikan kawasan sekeliling seketika dan kemudiannya menjerit: ‘polis datang’,” katanya.

Mat yang kini Koperal berkata, dia melihat sekumpulan individu berlari keluar dari kawasan itu.

“Saya menjerit memaklumkan perkara itu kepada Musaddid,” katanya.

Pemeriksaan mendapati, hanya terdapat enam individu berada di bahagian pondok bawah yang berkunci.

“Yang lain semuanya lari,” katanya.

Prosiding berlangsung di hadapan Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria. – Sinar Harian

Tags: kuburpemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd