• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendengaran Awam RCI Wang Kelian Bermula Esok

oleh
16/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis akan diadakan pada 17, 18 dan 22 April.

Sesi pendengaran awam itu akan diadakan di Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, demikian menurut kenyataan KDN hari ini.

Masa adalah dari 9.30 pagi hingga 5 petang. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai RCI itu yang dianggotai tujuh anggota.

Timbalan Pengerusi RCI itu ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, laporan siasatan RCI itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

KDN berkata, orang awam yang ingin menghadiri sesi pendengaran awam tersebut perlu mendapatkan pas keselamatan khas bermula pukul 8.30 pagi di pondok pengawal Kompleks D dan mereka dinasihatkan mengikuti segala peraturan yang digariskan sepanjang tempoh pendengaran awam berlangsung.

“Sesi pendengaran awam seterusnya akan dijalankan pada tarikh tertakluk kepada perbincangan ahli-ahli RCI,” kata kementerian itu.

Menurut KDN, sesi pendengaran awam akan dijalankan secara tertutup, tanpa kehadiran orang awam, sekiranya melibatkan saksi-saksi bertaraf keselamatan.

Pada Mei 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Tags: pemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Pemberian Dividen, Subsidi Kepada Penyimpan Tabung Haji Yang Dikatakan ‘Sakau’?

Adakah Pemberian Dividen, Subsidi Kepada Penyimpan Tabung Haji Yang Dikatakan ‘Sakau’?

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh melahirkan rasa syukur kerana laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai...

RCI TH: Tiada Perbuatan Sakau – Eric Lim Sian See

RCI TH: Tiada Perbuatan Sakau – Eric Lim Sian See

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) menunjukkan tiada perbuatan 'sakau' berlaku dalam TH. Pempengaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd