• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH ‘Bagai Kera Mendapat Bunga’? – Mufti Perlis

oleh
15/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin seolah-olah memberi gambaran kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila melabelkan kerajaan kini bagaikan ‘kera mendapat bunga’.

Katanya, peribahasa itu bermaksud seseorang yang tidak tahu menghargai ataupun menggunakan dengan cara betul, apa yang dia perolehi.

Beliau berkata, hal demikian juga terjadi apabila seseorang itu mendapat kuasa tetapi tidak tahu bagaimana cara dan disiplin yang sepatutnya dilakukan dengan kuasa tersebut.

“Kuasa diberikan untuk membaiki keadaan rakyat agar lebih baik dan membela yang lemah.

“Malang jika ada yang mendapat kuasa untuk menunjuk-nunjukkan kuasa. Maka kenalah perumpamaan Melayu ‘bagai kera mendapat bunga’ dan ‘bagaikan si kudung mendapat cincin’,” katanya dalam status Facebooknya di sini, hari ini.

Meskipun tidak menamakan kepada siapa status tersebut ditujukan namun dipercayai merujuk kepada kegagalan kerajaan PH selepas hampir setahun mentadbir negara.

Mohd. Asri ketika mengulas prestasi kerajaan PH sebelum ini turut mengakui kecewa dan menyifatkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik, sekali gus turut mengecewakan rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baharu itu.

Dalam kenyataan beliau pada 3 April lalu itu, Mohd. Asri juga tidak menolak kemungkinan jika sekiranya para pemimpin PH tidak berubah khususnya dalam soal perebutan jawatan sesama sendiri, mereka bakal menjadi kerajaan sepenggal.

“Saya sejujurnya berharap kepada urus tadbir negara yang baik dan saya tahu hasrat itu ada, tetapi saya rasa mereka tidak berkemampuan untuk melakukannya atas banyak faktor seperti calon-calon yang memang kurang pengalaman dan pertembungan dalaman sesama sendiri.

“Oleh itu, agenda perubahan yang kita harapkan itu tidak diberikan perhatian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mohd Asri Zainul Abidinpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd