• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mengecewakan’ Jika Benar Streram Gesa Pengundi – SPR

oleh
13/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU – Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berjalan hari ini, Dr. S Streram menggesa pengundi supaya mengundi parti kerajaan itu.

“Saya berharap semua yang datang ke sini, saya merayu kepada semua untuk mengundi Pakatan Harapan.”

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Azmi Shahrom memberitahu FMT bahawa beliau kecewa dengan Streram sekiranya perkara itu benar.

“Saya percaya ahli politik kita orang bijak dan mereka harus tahu peraturan (pilihan raya). Mereka hanya perlu mengikutnya,” kata beliau ketika ditemui di SJK (T) Rantau.

“Undang-undang jelas,” katanya. “Pada hari ini tidak boleh ada apa-apa juga bentuk kempen sama sekali.

“Sebabnya, logik di sebalik (peraturan) ini ialah kita mahu hari mengundi berkeadaan tenang dan pengundi boleh berfikir sendiri serta membuat keputusan tentang calon pilihan mereka.

“Kita tidak mahu pengundi berasa tertekan,” katanya. “Sebab itu peraturan ini diadakan.

“Jika laporan ini benar, maka ia bertentangan dengan peraturan kerana kita tidak dibenarkan berkempen sama sekali pada hari mengundi.

“Tetapi, pastilah ini masih dengar cakap. Saya hanya melihat apa-apa yang anda tunjukkan kepada saya. Kita lihat selepas ini.”

Pengerusi Bersih, Thomas Fann memberitahu FMT bahawa berdasarkan lafaz Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, berkempen pada hari mengundi adalah satu kesalahan.

Dalam pada itu, Streram dan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata, mereka sedia akur kepada keputusan yang akan diumumkan malam ini, “baik menang atau kalah”.

Hari ini juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan Streram. Kata beliau sekiranya menang, ia akan mejadi hari istimewa kepadanya dan isteri.

“Ia akan menjadi hadiah ulang tahun perkahwinan untuk isteri saya,” katanya.

Streram berkata, isterinya tidak akan kecewa sekiranya beliau memenangi pilihan raya hari ini dan mula sibuk menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN).

“Beliau mahu saya berkhidmat kepada rakyat.” – FMT

Tags: Dr S.StreramPRK RantauSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd