• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Masih MB Johor” – Osman Sapian

oleh
12/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Saya masih MB”. Itu respons ringkas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian ketika ditanya mengenai kedudukan terkininya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sebelum ini, Osman yang juga ADUN Kempas disahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor dalam satu pertemuan di Putrajaya, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Osman meminta semua pihak bersabar dan akan memaklumkan sebarang keputusan selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, esok.

“Secara teknikalnya saya masih lagi MB, Pengerusi Bersatu Johor dan Pengerusi PH negeri.

“Saya akan maklumkan mengenai hal ini selepas mengadap Sultan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Rindu Alam di Hotel Amerin di sini sebentar tadi.

Selain itu, mengenai jawapan diterima daripada Sultan Johor mengenai perkara itu, Osman berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

Beliau juga meminta media untuk bertanya kepada pucuk pimpinan Bersatu mengenai soal siapakah calon yang akan menggantikannya jika peletakan jawatannya diterima secara sah.

Terdahulu, Susulan daripada kenyataan Dr. Mahathir itu, beberapa nama kemudian berlegar dan diperkatakan bakal menjadi Menteri Besar Johor yang baharu.

Antara tiga nama yang disebut-sebut adalah Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri merangkap ADUN Bukit Kepong, Dr. Sahruddin Jamal.

Nama calon lain adalah Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang dan Pengarah Media Bersatu Johor, Solihan Badri. – Sinar Harian

Tags: menteri Besar JohorOsman Sapian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat negeri ini agar terus mempertahankan semangat perpaduan dan...

PRN Johor: Lautan Biru Di Himpunan Anak Tiram

PRN Johor: Lautan Biru Di Himpunan Anak Tiram

08/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kehadiran ramai Bangsa Johor membanjiri Himpunan Anak Tiram sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd