• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Direman Bantu Kes Bayi Mati Tersedak Susu

oleh
11/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita berusia 39 tahun direman selama satu hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai akibat tersedak susu kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nur Hidayah Manaf bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pengasuh kepada mangsa, Haraz Mohd. Hafez itu tiba di Bilik Reman Kompleks Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini kira-kira pukul 11 pagi diiringi peguam bela Mohd. Salleh Tugimin.

Seorang bayi meninggal dunia semalam dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Merdeka dekat Kampung Melayu Majidee di sini, petang kelmarin.

Menurut bapa mangsa, Muhd. Hafez Mohamed, dia mendapat panggilan daripada pengasuh kira-kira ‪pukul 2‬ petang yang mendakwa anaknya, Haraz tidak sedarkan diri sebelum bergegas ke rumah pengasuh anaknya itu.

Bayi malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan “aspiration Pneumonia” iaitu disebabkan susu masuk ke bahagian paru-paru mangsa sekali gus membawa kepada kekurangan oksigen.

Tags: bayiPengasuhTersedak Susu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd