• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MA63: Kedudukan Sabah, Sarawak Dikembalikan

oleh
10/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan Fasal (2) Perkara 1 dalam Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan kedudukan sama rata Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pindaan itu bagaimanapun tidak akan mengubah fungsi kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah konsep federalisme.

Beliau malah memberitahu, menerusi pindaan itu juga, frasa negeri-negeri Borneo akan dikeluarkan daripada Perlembagaan Persekutuan dan akan digantikan dengan Sabah dan Sarawak seperti mana pindaan 1976.

“Pindaan ini juga adalah selaras dengan ucapan yang telah saya sampaikan semasa sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018 yang lalu di mana semasa pembentukan Malaysia yang termeterai secara rasmi pada 16 September 1963 dalam MA63, keempat-empat wilayah ini bergabung sebagai equal partners atau rakan yang seangkatan, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

“Walau bagaimanapun, Singapura telah keluar Malaysia pada tahun 1965. Tahun-tahun berikutnya telah juga menukar status Sabah dan Sarawak dari rakan sekutu kepada negeri-negeri di dalam Malaysia,” katanya sewaktu membuat bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, Malaysia baharu dan kerajaan Pakatan Harapan mengambil maklum mengenai perkara ini dan akan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, ini adalah sebahagian dari proses yang akan dilaksana setelah kajian MA63 disiapkan dan ini merupakan langkah pertama yang dilaksanakan dalam hal ini.

Melalui pindaan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan, tiga frasa dipotong termasuk fasa negeri Singapura berikutan negara republik itu telah pun meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini selaras dengan peruntukan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1966 (Akta 59/1966) yang berkuat kuasa pada 9 Ogos 1965.

Selain itu, katanya, kerajaan memotong frasa ‘the States of Malaya’ kerana rujukan kepada negeri-negeri Tanah Melayu tidak lagi digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan memandangkan negeri-negeri tersebut merupakan entiti sendiri yang telah berintegrasi sebagai negeri komponen dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau malah memberitahu, kerajaan Pakatan Harapan turut memotong frasa ‘the Borneo States’ memandangkan frasa negeri-negeri Borneo telah digantikan dengan frasa negeri Sabah dan Sarawak di mana jua ia terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti mana yang telah dipinda oleh Akta 10 Perlembagaan (Pindaan) 1976 (Akta A354) dan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 (Akta A514).

“Pada masa ini, rujukan kepada frasa ‘negeri-negeri Borneo’ tidak lagi digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Istilah ‘negeri-negeri Borneo’ digantikan dengan frasa negeri Sabah dan Sarawak pada masa itu sebagai pengemaskinian yang antara tujuannya adalah bagi mengelakkan anggapan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan suatu provinsi dalam Indonesia.

“Sehubungan itu kedua-dua negeri tersebut dikenali dengan nama negeri Sabah dan Sarawak sahaja, dan bukannya negeri-negeri Borneo,” katanya sewaktu membuat bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: MA63Sabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd