• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Selesai Bertemu Dengan Mahathir

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian difahamkan telah keluar dari perkarangan bangunan Perdana Putra, di sini selepas bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu menjadi tumpuan susulan khabar angin bahawa kedudukan Osman sebagai Menteri Besar bakal digantikan.

Menurut sumber, Osman memasuki bangunan pada pukul 3 petang ini dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard dan pulang pada pukul 6.50 petang.

Pengamal-pengamal media yang menunggu di pintu masuk Pejabat Perdana Menteri sejak pukul 3.30 petang bagaimanapun gagal merakam kenderaan Osman, dipercayai kerana beliau menggunakan pintu masuk khas.

Semalam, media melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur hari ini, namun menolak khabar angin bahawa kedudukannya itu akan digantikan.

Abdul Hakim dilaporkan berkata, Osman dijadual menghadiri mesyuarat bersempena pemukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia yang ke-9, pada Selasa susulan adanya pertanyaan daripada pihak pengamal media berhubung pergerakan Menteri Besar Johor.

Dilaporkan kiriman WhatsApp yang tular menyatakan pada masa yang sama, Osman akan bertemu Perdana Menteri susulan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor akan ditukarkan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir Mohamadmenteri Besar JohorOsman Sapian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd