• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Import Eksport Merosot, Pakar Bimbang Ekonomi Meleset

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ahli ekonomi percaya angka perdagangan Malaysia yang menurun merupakan petunjuk kepada kemelesetan ekonomi dunia yang sedang berlaku, sekali gus berkata, kerajaan persekutuan perlu membuat persiapan bagi menghadapi cabaran itu.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, kemerosotan angka eksport dan import Malaysia bagi bulan Februari adalah selari dengan pengecutan dalam perdagangan dunia.

Seorang lagi ahli ekonomi, Yeah Kim Leng dari Sekolah Perniagaan Universiti Sunway berkata, kemerosotan perdagangan dunia berpunca daripada perang tarif AS-China dan peningkatan kadar faedah di AS.

Eksport Malaysia jatuh 5.3% berbanding tahun lepas pada RM66.6 bilion, angka terendah sejak Ogos 2016, berikutan penurunan eksport produk petroleum bertapis, minyak mentah, minyak kelapa sawit dan produk berasaskan minyak sawit.

Import juga merosot 9.4% pada RM55.5 bilion pada Februari, angka terendah sejak Mei 2016.

Barjoyai berkata, eksport negara jatuh sejak beberapa bulan ini, selari dengan kejatuhan import.

Pergantungan pada eksport komoditi menyebabkan ekonomi Malaysia mudah terjejas, katanya, lalu menggesa kerajaan supaya memberi lebih perhatian kepada sektor perkhidmatan.

“Asas hasil kita perlu dipelbagaikan. Saya percaya kerajaan perlu berbelanja lebih banyak bagi membawa masuk lebih ramai pelancong, selain menyediakan insentif bagi merangsang industri perkhidmatan lain seperti logistik,” katanya.

Yeah pula berkata, industri berorientasi eksport negara akan terjejas berikutan kelembapan permintaan dunia kerana kedudukan Malaysia dalam rantaian pengeluaran dunia dan sebagai pengeksport komoditi.

Bagaimanapun kata beliau, selagi perniagaan bersedia berhadapan kitaran menurun dalam jualan eksport, maka masalah penutupan perniagaan atau pembuangan pekerja tidak membimbangkan.

“Pekerja hanya perlu berasa bimbang tentang prospek masa depan mereka dan kerajaan pula perlu melaksanakan langkah pemulihannya sekiranya berlaku kemerosotan eksport yang lebih buruk dan lebih lama.”

Import mungkin menurun berikutan permintaan domestik yang berkurang kerana sentimen pengguna dan pelabur lebih rendah serta kemerosotan kuasa beli.

Kerajaan perlu meningkatkan program promosi perdagangan dan pelaburan di luar negara, terutamanya di pasaran bukan tradisi, mengukuhkan kecekapan pentadbiran dan mengurangkan beban regulatori ke atas sektor swasta.

“Semua langkah ini akan meningkatkan ketahanan ekonomi dalam menghadapi penurunan eksport.” – FMT

Tags: EkonomiEKSPORTimport
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd